Wednesday, 30 April 2014

Berkira atau Membazir?

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni macam tak parallel kan? Tapi aku tak peduli, nak tulis jugak pasai berkira atau membazir ni.huhu. Aku nak cakap dalam konteks makanan. Benda wajib setiap hari kan...hehe. Bagi sesetengah orang, kalau kita berjimat dalam membeli makanan, it means that kita ni berkira. Nak makan pon berkira. Apa punya orang la dia ni? Tu kebiasaannya. Tapi, cuba kita tengok orang yang kata camtu. Depa memang tak berkira bab makanan ni. Cumanya depa ni kuat membazir. Beria la beli macam2 makanan kononnya tak berkira la kan..pastu last2 makan tak habeh. Buang camtu ja. Yang ni yang tak best sebenaqnya. Secara jujurnya, aku alergik sikit ngan orang2 camni. Kalau sesekali makan tak habeh tu takpa lagi. Ni dah kalau selalu sangat makan tak habeh, beli bukan main banyak dah tahap orang kebuluq pon ada, yang ni memang menyakitkan mata memandang ya. Sometimes aku rasa macam nak kata depan2 ja, kalau dah tau tak mampu nak makan banyak2, tak payah la tebiang beli beria sangat. Beli setakat mana mampu makan sudah. Aku bukannya apa, orang yang jenis tak berkira tapi membazir ni, selalunya depa ni duk mengata orang yang jenis berkira tapi tak membazir. Macam2 la keluaq dari mulut depa. Katanya kalau berkira bab makan ni, nanti rezeki makanan kurang la apa la. Ngan gah & riaknya depa cakap camtu. Dah depa sendiri tak pikiaq pulak pembaziran yang depa buat. Pelik2... So aku rasa berkira atau membazir ni patut kita pikiaq sama2. Jangan berkira sampai tahap kedekut pulak & jangan tak berkira sampai tahap membazir pulak. Better seimbangkan la. Bila nak membeli tu, pikiaq dulu elok2. Jangan main beli ja sampai tak termakan makanan tu. Tak elok buat camtu. Sekian saja entry aku. This is based on people around me. Entry ni sekadar pendapat aku. 

:)     

Thursday, 24 April 2014

Pengalaman Si BT *Apa Dia BT?

Assalamualaikum.

Esok, Jumaat, 25/04, hari terakhir untuk buat speaking task. Ni semua keja EOP. Ampa tau kan, English for Occupational Purposes? Aku kena record video aku sendiri bercakap pasai 'Selling Yourself' ngan 'Work Experience'. Aku nak cerita la, malam tadi aku try record video aku guna webcam, tapi video tu tersekat-sekat. Banyak kali kot aku try record sampai la aku mengantuk. Last2 pi tidoq camtu ja.huhu.

Pastu pagi tadi, celik2 mata ja teroih aku sms classmate aku. Aku cerita la kat dia dari A-Z apa yang jadi ngan video aku. Then, dia kata kalau record guna webcam, tak buleh record lama2. Cehh! Patut la macam apa ja jadi video aku tu. Baru aku tau. Sebelum ni tak penah tau pon.haha. Nampak sangat aku buta teknologi kan...ahaha.

Dah tu last2 aku record guna phone ja. Tapi tak setel lagi masalah aku. Yang aku record guna phone pulak, bila masuk dalam laptop ja dia jadi senget. Sebab aku record masa tu phone aku menegak. Masa tu aku rasa macam nak hempuk ja laptop aku. Tak pasai2 laptop pulak yang hampir jadi mangsa. Kena la record pulak 2 kali lagi sebab 2 video kena buat. Kali ni phone aku melintang baru la jadi elok.

Aku tak tau la kot buleh adjust bagi video jadi tak senget. Yang pasti aku record video baru ja. Kalau betoi buleh adjust, memang buta teknologi sangat la aku ni.hehehe. Maklum la, tak penah pon buat video sendiri2. Aku tak reti nak memandai sendiri buat video bagai. Setakat ambik gambaq banyak2 pastu upload kat pesbuk, tuiter, ig ngan blog ni aku tau la.kahkahkah.

Nak buat video 3 minit setengah ja pon bukan main banyak lagi pengalaman yang aku dapat tau. Ni kalau tak dak keja buat video bagai memang sampai ke tua nyanyuk la aku tak tau.huahuahua. Bila2 aku ada kekuatan nanti, aku upload video tu okeh. Tapi kalau tak dak kekuatan jugak sampai sudah la aku tak upload na.hahaha.

:)

Tuesday, 22 April 2014

Thesis Oh Thesis

Assalamualaikum.

Thesis?
Undergraduate?
Senang or susah?
Ikut program memasing la kot na.
Bachelor of Applied Science (Conservation & Management of Biodiversity)
Yang atas tu program aku.
3 taun ja.
Elehh..3 taun ja? Mesti senang kan?
Pala la hang...3 taun lagi azab kot.
Schedule cramp nak mampoih.
Nak habeh dalam masa 3 taun kata..
Final year wajib buat FYP>>>Final Year Project
Tajuk2 FYP hebat2 belaka.
Dah macam nak buat Master pon ada tau.
Hang mampu?
Final sem especially, hang kena fokus betoi2 ngan FYP.
Cadangan aku, tak payah ambik course banyak2 dah masa sem ni.
Pasepa?
Hang gila..FYP final sem dah 5 credit hours.
Nak tulis thesis pon macam apa ja.
This is the matter of life ok!
Apa2 hal pon wajib siapkan thesis kalau nak grad.
SV aku sakit.
Fuhh..independent habeh la sem ni!
Gamble ja buat camna pon.
Telan semua cadangan yang agak2 buleh diterima pakai.
Goal? 
Kena setelkan jugak thesis no matter what.
Nak grad dak taun ni?
Of course!
Hopefully setel ngan jayanya.
Teruskan usaha, doa & tawakal.
Semoga kejayaan milik aku.
Amin...

:)

Thursday, 17 April 2014

Ehem..Ehem..

Assalamualaikum.


Nampak tak event yang aku tulis dalam box lekuk2 kaler hitam tu? Haa..ni la satu-satunya peluang aku masa final year. Ambik kursus kawen kat unibersiti.hoho. Peluang dah ada kan, tunggu apa lagi, grab it! Sebetoinya Jumaat ngan Sabtu kursus ni. Tapi untuk meng'alert'kan lagi aku esok pagi, tulis Jumaat dulu besaq2. Biaq nampak jelas, tak dak la aku terlupa esok kan? hehe. Tak dak calon lagi tu tak penting, yang penting kita sendiri belajaq dulu lumrah sebuah perkahwinan. Tak gitu? Well..happy learning to me!

:) 

Karnival..Karnival..Karnival..

Assalamualaikum.

Naik ja cuti midsem, ada karnival yang guna banyak jugak la ruang2 kat area hostel. Dataran Blok B1, Kafe Baru, Dataran Blok B2 semua berkarnival. Dengaq cerita katanya karnival ni anjuran Kelab Ekonomi. Memang nak menjatuhkan ekonomi aku gamaknya depa ni.hahaha. Naseb baik aku dah tak rambang mata tengok barang2 kat karnival ni. Maklum la, ekonomi aku sebenaqnya makin susut. Ni kira dalam tempoh berjimat-cermat la.huhuhu. Membeli benda yang sepatutnya & yang mendatangkan benefit ja dalam tempoh ni. Pembaziran memang langsung tak digalakkan la.hoho. Harap lepas ni tak dak dah karnival almost every week. 

:)