Assalamualaikum.
Esok, Jumaat, 25/04, hari terakhir untuk buat speaking task. Ni semua keja EOP. Ampa tau kan, English for Occupational Purposes? Aku kena record video aku sendiri bercakap pasai 'Selling Yourself' ngan 'Work Experience'. Aku nak cerita la, malam tadi aku try record video aku guna webcam, tapi video tu tersekat-sekat. Banyak kali kot aku try record sampai la aku mengantuk. Last2 pi tidoq camtu ja.huhu.
Pastu pagi tadi, celik2 mata ja teroih aku sms classmate aku. Aku cerita la kat dia dari A-Z apa yang jadi ngan video aku. Then, dia kata kalau record guna webcam, tak buleh record lama2. Cehh! Patut la macam apa ja jadi video aku tu. Baru aku tau. Sebelum ni tak penah tau pon.haha. Nampak sangat aku buta teknologi kan...ahaha.
Dah tu last2 aku record guna phone ja. Tapi tak setel lagi masalah aku. Yang aku record guna phone pulak, bila masuk dalam laptop ja dia jadi senget. Sebab aku record masa tu phone aku menegak. Masa tu aku rasa macam nak hempuk ja laptop aku. Tak pasai2 laptop pulak yang hampir jadi mangsa. Kena la record pulak 2 kali lagi sebab 2 video kena buat. Kali ni phone aku melintang baru la jadi elok.
Aku tak tau la kot buleh adjust bagi video jadi tak senget. Yang pasti aku record video baru ja. Kalau betoi buleh adjust, memang buta teknologi sangat la aku ni.hehehe. Maklum la, tak penah pon buat video sendiri2. Aku tak reti nak memandai sendiri buat video bagai. Setakat ambik gambaq banyak2 pastu upload kat pesbuk, tuiter, ig ngan blog ni aku tau la.kahkahkah.
Nak buat video 3 minit setengah ja pon bukan main banyak lagi pengalaman yang aku dapat tau. Ni kalau tak dak keja buat video bagai memang sampai ke tua nyanyuk la aku tak tau.huahuahua. Bila2 aku ada kekuatan nanti, aku upload video tu okeh. Tapi kalau tak dak kekuatan jugak sampai sudah la aku tak upload na.hahaha.
:)
No comments:
Post a Comment