Wednesday, 30 April 2014

Berkira atau Membazir?

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni macam tak parallel kan? Tapi aku tak peduli, nak tulis jugak pasai berkira atau membazir ni.huhu. Aku nak cakap dalam konteks makanan. Benda wajib setiap hari kan...hehe. Bagi sesetengah orang, kalau kita berjimat dalam membeli makanan, it means that kita ni berkira. Nak makan pon berkira. Apa punya orang la dia ni? Tu kebiasaannya. Tapi, cuba kita tengok orang yang kata camtu. Depa memang tak berkira bab makanan ni. Cumanya depa ni kuat membazir. Beria la beli macam2 makanan kononnya tak berkira la kan..pastu last2 makan tak habeh. Buang camtu ja. Yang ni yang tak best sebenaqnya. Secara jujurnya, aku alergik sikit ngan orang2 camni. Kalau sesekali makan tak habeh tu takpa lagi. Ni dah kalau selalu sangat makan tak habeh, beli bukan main banyak dah tahap orang kebuluq pon ada, yang ni memang menyakitkan mata memandang ya. Sometimes aku rasa macam nak kata depan2 ja, kalau dah tau tak mampu nak makan banyak2, tak payah la tebiang beli beria sangat. Beli setakat mana mampu makan sudah. Aku bukannya apa, orang yang jenis tak berkira tapi membazir ni, selalunya depa ni duk mengata orang yang jenis berkira tapi tak membazir. Macam2 la keluaq dari mulut depa. Katanya kalau berkira bab makan ni, nanti rezeki makanan kurang la apa la. Ngan gah & riaknya depa cakap camtu. Dah depa sendiri tak pikiaq pulak pembaziran yang depa buat. Pelik2... So aku rasa berkira atau membazir ni patut kita pikiaq sama2. Jangan berkira sampai tahap kedekut pulak & jangan tak berkira sampai tahap membazir pulak. Better seimbangkan la. Bila nak membeli tu, pikiaq dulu elok2. Jangan main beli ja sampai tak termakan makanan tu. Tak elok buat camtu. Sekian saja entry aku. This is based on people around me. Entry ni sekadar pendapat aku. 

:)     

No comments:

Post a Comment