Sunday, 22 March 2015

How?

Assalamualaikum..

A penah kata dah tiba masanya aku perlukan somebody. Aku kata somebody tu tak muncul-muncul pon. A kata somebody tu tak mau mengaku, maybe orang tu nak aku convince dia and show some effort. Aku syak somebody tu A. Aku kata aku nak cari somebody tu and tanya soalan kat dia. A kata pi la Melaka tanya sendiri. Aku rasa sungguh dah somebody tu A. Tapi lepas tu A macam buat don't know ja kat aku. Aku text pon dia tak reply. So aku dah konfius. Lama lepas tu baru A reply. A kata dia nak pi LIMA Langkawi. A dah habaq kat aku pasai LIMA tu sebelum ni. Aku ada suruh A belikan cekelat Daim. A kata dia tak suka cekelat tu so dia tak mau beli. Aku ok ja, tak mau beli sudah. A kata aku tak ok. Aku tanya dia apa yang tak ok dengan aku? Aku ok elok ja. A still kata aku tak ok and dia suruh aku define ok. Coi! Dah pasepa? Bila aku kata ok means fine, dia pulak kata that doesn't mean anything. Sat, persoalannya la ni..sapa aku kepada A? Macam mana aku nak convince? Dia nak reply text aku pon susah. Aku memang konfius la ni. Aku ingat lagi sebelum2 ni A penah kata aku dengan dia kawan ja. Dah pasepa tetiba dia jadi macam ni? Aku rasa macam cerita Cheong Dam Dong Alice dah tau. Hero tu nak heroin tu buktikan cinta. Fuhhh how can we prove love actually? Pengakuannya, aku dari dulu lagi dah suka A tapi macam bertepuk sebelah tangan la. Dah la ni awat jadi macam ni? Betoi ka A suka aku? Konfius...

Sunday, 15 March 2015

Tak Payah Buat Terok

Assalamualaikum..

Weekend aku kali ni diserikan dengan assignment dan perkara2 yang sama waktu dengannya. Ready untuk presentation esok dengan tajuk Trachoma. Ampa gugel la sendiri Trachoma tu apa, penat nak cerita.hehe. Pastu pikiaq pasai proposal untuk Research Methodology, proposal Bab 1 sampai 3, nak pi ambik serangga kat UPM esok untuk lab Rabu ni, projek Medical and Urban Entomology dan research project aku yang berkaitan Hemiptera tu. Banyak ni benda nak kena buat, tapi takpa, tak payah buat terok, settlekan one by one. Dok gigih sangat satgi takut stress pulak. Pastu mula melarat jadi macam2. Jangan biarkan diri anda diselubungi stresss.hohoh. Tapi malam tadi nak dekat tengah malam tu memang lawak gila. Naz dok tag aku kat ig, mengarut sat pasai Newton dan buah epal yang jatuh atas kepala dia.hahaha. Pastu aku pulak tag Naz pasai Newton dan buah epal tu. Lawan gelak lagi dua tiga round.wakakaka. Habeh yang tu, group whatsapp pulak dok ajak mengarut. Jenuh jugak la sampai pukui 1 lebih.hahaha. Terhibur jugak rasa malam tadi. Daripada dok mengadap keja bertimbun, at least mengarut dengan depa2 ni terasa kurang la sikit tekanan tu. Last2 aku pi tidoq ja sebab perut aku sakit, lapaq terok.haha. Maklumla, bila berjaga tengah2 malam ni kadang2 perut tu demand nak makan, kononnya malam masih muda la, buleh mengunyah jajan ka apa kan..padahai nak dekat pukui 2 pagi dah. Begitu la ceritanya life aku weekend ni yang mungkin bagi orang lain tak berapa nak ada life sangat. *But I'm still alive ok! Muahaha.* 

Friday, 13 March 2015

???

Assalamualaikum..

Tak tau nak tulis tajuk apa, so ??? pon buleh la.hohoh. Banyak sangat benda aku pikiaq sampai macam ni la jadinya, nak update blog tapi tak tau nak update pasai apa. Mesti orang akan kata, tak payah la update kalau dah tak tau nak cerita pasai apa. Tapi masalah la ni aku nak update jugak, suka hati la blog aku bukan blog ampa.huahuahua. Ok, dengan harapan yang tinggi agar semua benda dalam kepala otak aku ni terlerai dengan jayanya, aku akhiri update kali ni dengan assalamualaikum. Semoga update lepas ni lebih menarik dengan gambaq bagai kan...huhuhu.

Sunday, 8 March 2015

Berhati-Hati

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tulis pasai berhati-hati. Ni bukan berhati-hati di jalan raya ok, ni berhati-hati mengeluarkan kata-kata. First of all, aku mengaku yang aku ni sejenis yang berjiwa halus dan baran jugak la. Means that, aku agak senang kecik hati dengan orang lain dan aku agak senang naik angin sebenaqnya. Tapi aku jugak mempunyai perangai malas nak tunjuk kecik hati dan baran tu. So, aku prefer buat tak tau ja. Mungkin certain orang akan cakap yang aku ni penyabaq gila. Tapi sebenaqnya dalam hati aku gunung berapi dah meletus, bukan dalam hati ada taman tau. Lagi pon kalau pikiaq secara rasionalnya, perempuan mana yang tak kecik hati, tak marah kalau ada orang mengeluarkan kata-kata kesat kat depa? Perempuan kan terkenal dengan drama, emosi, ayaq mata bagai. Sometimes, lelaki pon buleh terasa hati kalau ada orang mengeluarkan kata-kata kesat kat depa. Cuma cara menangani masalah ni ja yang berbeza. Mungkin perempuan dengan cara lain dan lelaki dengan cara lain. Aku tak bekenan la kalau ada orang yang mengeluarkan kata-kata kesat kat orang lain. Nak-nak pulak kawan sendiri. Makan dalam kot.. Aku tak kisah kawan-kawan aku nak melawak kasaq dengan aku, tapi jangan la melampau pulak. Aku bukan nak kata la, tapi aku memang jarang dan hampir tak penah guna kata-kata kesat kat orang lain. So, of course la aku expect orang tak kan keluarkan kata-kata kesat kat aku. Setakat nak kata gila, senget, sewel, blah la weh dan ada lagi yang buleh la diterima akal tu tak pa lagi. Tapi kalau dah tahap maki tu memang berat nanang la. Dah la hati pon tak berapa besaq, jadi makin kecik pulak lepas kena maki. Dah la tak berapa nak penyabaq, jadi makin baran pulak. Tak syok la macam ni, nak kawan tu kawan la elok-elok. Pikiaq dulu sebelum nak melawak ka, nak cakap apa-apa ka. Orang kata, cakap tu biaq berlapik. So, hopefully jangan la keluarkan kata-kata kesat kat orang lain. Tolong berhati-hati dalam berbicara. Aku tuju untuk diri aku jugak la, bukan untuk orang lain ja. Sama-sama la kita berhati-hati. Sekian.