Sunday, 8 March 2015

Berhati-Hati

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tulis pasai berhati-hati. Ni bukan berhati-hati di jalan raya ok, ni berhati-hati mengeluarkan kata-kata. First of all, aku mengaku yang aku ni sejenis yang berjiwa halus dan baran jugak la. Means that, aku agak senang kecik hati dengan orang lain dan aku agak senang naik angin sebenaqnya. Tapi aku jugak mempunyai perangai malas nak tunjuk kecik hati dan baran tu. So, aku prefer buat tak tau ja. Mungkin certain orang akan cakap yang aku ni penyabaq gila. Tapi sebenaqnya dalam hati aku gunung berapi dah meletus, bukan dalam hati ada taman tau. Lagi pon kalau pikiaq secara rasionalnya, perempuan mana yang tak kecik hati, tak marah kalau ada orang mengeluarkan kata-kata kesat kat depa? Perempuan kan terkenal dengan drama, emosi, ayaq mata bagai. Sometimes, lelaki pon buleh terasa hati kalau ada orang mengeluarkan kata-kata kesat kat depa. Cuma cara menangani masalah ni ja yang berbeza. Mungkin perempuan dengan cara lain dan lelaki dengan cara lain. Aku tak bekenan la kalau ada orang yang mengeluarkan kata-kata kesat kat orang lain. Nak-nak pulak kawan sendiri. Makan dalam kot.. Aku tak kisah kawan-kawan aku nak melawak kasaq dengan aku, tapi jangan la melampau pulak. Aku bukan nak kata la, tapi aku memang jarang dan hampir tak penah guna kata-kata kesat kat orang lain. So, of course la aku expect orang tak kan keluarkan kata-kata kesat kat aku. Setakat nak kata gila, senget, sewel, blah la weh dan ada lagi yang buleh la diterima akal tu tak pa lagi. Tapi kalau dah tahap maki tu memang berat nanang la. Dah la hati pon tak berapa besaq, jadi makin kecik pulak lepas kena maki. Dah la tak berapa nak penyabaq, jadi makin baran pulak. Tak syok la macam ni, nak kawan tu kawan la elok-elok. Pikiaq dulu sebelum nak melawak ka, nak cakap apa-apa ka. Orang kata, cakap tu biaq berlapik. So, hopefully jangan la keluarkan kata-kata kesat kat orang lain. Tolong berhati-hati dalam berbicara. Aku tuju untuk diri aku jugak la, bukan untuk orang lain ja. Sama-sama la kita berhati-hati. Sekian. 

No comments:

Post a Comment