Friday, 30 May 2014

Trip Wildlife Management

Assalamualaikum..

Hai2! Aku nak share gambaq2 masa trip wildlife management last week. Last week punya okeh! Hari ni baru rajin nak update.haha. Trip ni wajib bagi bebudak biodiversiti. 24 hours punya trip tau. Sepantas yang mungkin. Letih siot! Ampa mampu? *angkat2 kening*


1st destination, sesi pagi. National Elephant Centre, Kuala Gandah.


Ni sticker registration untuk beraktiviti.


3 months old baby elephant. Nama baby ni Lepa.


Lepa minum susu.. Cute kan? huhu.


Gajah ni pandai posing bila orang nak ambik gambaq ngan dia. I like...hihi.


Lepas sesi beramah mesra ngan manusia, gajah2 ni beratur tanda terima kasih la kat manusia yang sudi mesra2 ngan depa. Kagum aku tengok gajah2 ni.


2nd destination, sesi petang. Deerland, tak jauh pon dari elephant centre tu.


Ni la watak utama untuk trip sesi petang. This is a deer. Tau2 ja aku nak ambik gambaq, teroih posing.hahaha.


Si burung unta yang jelita.hohoh.


Si merak yang sangat proud of itself. Bila nampak manusia ramai2 teroih kembang2 tunjuk bulu2 colourful dia siap bunyi2 lagi.haha.



Landak ni cute gila kan? Dari belakang nampak macam loofah sponge. Dari depan muka innocent ja.ahaha.



Ni ulaq sawa besaq & berat punya. Aku tak berapa bekenan sangat ngan ulaq. Geli weh! hehe.


Pictures tell everything. So, aku malas la nak taip panjang2.hahaha. Ni la ceritanya trip aku ngan kosmet2 aku last week. Yang aku tau lepas balik dari trip ni aku tidoq 11 jam! Kalau naik flight dah sampai Mekah weh.ahaha. Seharian beraktiviti ngan hidupan liaq buat badan aku rasa effect letih tu lebih sikit. Apa2 pon ni la trip akhir kami bebudak biodiversiti sebelum grad. Happy ending la semua kononnya.haha.


:)





Tuesday, 20 May 2014

Done With The Viva Voce

Assalamualaikum.

Aku dah setel viva voce kemarin.wuhuuu.. Next step, pembetulan thesis after viva voce. Then, nak jilid & burn thesis dalam cd. Pastu buleh la submit thesis officially.yeayy.. Semoga kerja2 terakhir ni dipermudahkan & berjalan lancar.

p/s: kelas EOP pon dah tamat kemarin jugak.wuhuhuu...

:D

Friday, 9 May 2014

Dinner Biosis

Assalamualaikum.

Malam ni sebenaqnya malam dinner Biosis. Dinner untuk semua budak biodiversiti & biologi. Geng2 aku 4 orang pi, 2 orang tak pi. Aku termasuk dalam 2 orang yang tak pi tu.hehe. Mula2 memang aku semangat nak pi. Tapi budak2 yang arrange dinner ni kutip duit lambat sangat. Aku dah tak cukup duit pon. So terpaksa la say bye2 to dinner.wuwu. Aku ada ambik gambaq 2 orang geng aku yang pi. Jeng..jeng..jeng...

Yang kiri tu Iylia, yang kanan tu Hawa. Cun habeh la depa malam ni. 

Aku pi tengok depa siap2 nak pi dinner. Naseb baik buleh tengok jugak depa siap. Kalau tak mesti rasa lagi ralat.huhu. Malam ni aku makan aiskrim cornetto vanilla, megi kari mamee, kopok twisties tomato ngan yogurt marigold strawberry. Tak dapat pi dinner kan..aku bantai makan macam2 malam ni. Enjoy dinner ngan rumet aku, Nik.hahaha.

Camni la muka orang tak dapat pi dinner.haha. 

Enjoy la puas2 uolss yang dapat pi dinner. Dinner last dah sebelum grad. Jangan lupa ambik gambaq banyak2 tunjuk kat aku.hihu.

:)

Wednesday, 7 May 2014

Something Different

Assalamualaikum.

Aku ni sebenaqnya nak buat something different ngan kain2 ela yang dah dibeli beberapa helai tu. Alaa untuk baju raya. Every year aku pakai baju kurung besa ja. Tak dak fesyen2 bagai. Tapi kali ni aku rasa nak jugak la berfesyen sikit. Maklum la, dah nak habeh study ni kan, sense of fashion tu tetiba muncul.hahaha. Orang kata, dah start nak melawa.kehkehkeh. Aku ingat nak buat baju kurung moden ngan maxi dress simple2 ja. Aku dah usulkan kat mak aku pasai ni. Mak aku tak terkejut langsung. Aku rasa dia pon paham anak dia dah start la nak melawa bagai kan...heheh. Akhir2 ni aku selalu jugak pi kelas pakai tudung bawal besa buat ala2 shawl gitu. Aku rasa ok ja aku pakai tudung camtu, tak dak la buruk pon.haha. Pastu aku dah beli sehelai skirt labuh tau. Try2 jugak pakai skirt labuh ni, nampak feminine lebih sikit.ahaks. Selalunya pi kelas pakai jeans ngan t-shirt ja kan...sesekali nak jugak bergaya feminine haa gitu...uhuk2. Mekap, aku tak berkenan sangat. Just pakai compact powder ngan lipstick sikit, tu ja la. Asalkan muka tak nampak pucat. Dulu sebelum masuk unibersiti kak aku penah la kata, kawan2 la ngan sapa2 yang sesuai. Takut nanti dah keja, terlambat pulak nak cari partner katanya. Tapi aku ni jenis yang pemalu la jugak, malas la nak kawan2 bagai.hoho. So, sampai ke saat ni, dah nak habeh study ni, lagi beberapa minggu ja, i'm still single.bahaha. Adakah sebab aku kurang menarik atau jodoh tak sampai lagi? Hmm...aku rasa sebab jodoh tak sampai lagi kot.miahaha. Apa2 pon, aku nak start melawa ni bukan sebab nak cari jodoh, tapi sebab aku rasa fesyen aku perlu berubah la. Tak kan duk nak pakai jeans ngan t-shirt ja sampai ke sudah kan...hihik. Pasai baju raya tu, aku dah cari gambaq design maxi dress simple yang cantik jugak la. Buleh tunjuk kat tailor. Pakai maxi dress ngan kurung moden pulak la raya lepas ni.hihuhihu.

:)  

Wednesday, 30 April 2014

Berkira atau Membazir?

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni macam tak parallel kan? Tapi aku tak peduli, nak tulis jugak pasai berkira atau membazir ni.huhu. Aku nak cakap dalam konteks makanan. Benda wajib setiap hari kan...hehe. Bagi sesetengah orang, kalau kita berjimat dalam membeli makanan, it means that kita ni berkira. Nak makan pon berkira. Apa punya orang la dia ni? Tu kebiasaannya. Tapi, cuba kita tengok orang yang kata camtu. Depa memang tak berkira bab makanan ni. Cumanya depa ni kuat membazir. Beria la beli macam2 makanan kononnya tak berkira la kan..pastu last2 makan tak habeh. Buang camtu ja. Yang ni yang tak best sebenaqnya. Secara jujurnya, aku alergik sikit ngan orang2 camni. Kalau sesekali makan tak habeh tu takpa lagi. Ni dah kalau selalu sangat makan tak habeh, beli bukan main banyak dah tahap orang kebuluq pon ada, yang ni memang menyakitkan mata memandang ya. Sometimes aku rasa macam nak kata depan2 ja, kalau dah tau tak mampu nak makan banyak2, tak payah la tebiang beli beria sangat. Beli setakat mana mampu makan sudah. Aku bukannya apa, orang yang jenis tak berkira tapi membazir ni, selalunya depa ni duk mengata orang yang jenis berkira tapi tak membazir. Macam2 la keluaq dari mulut depa. Katanya kalau berkira bab makan ni, nanti rezeki makanan kurang la apa la. Ngan gah & riaknya depa cakap camtu. Dah depa sendiri tak pikiaq pulak pembaziran yang depa buat. Pelik2... So aku rasa berkira atau membazir ni patut kita pikiaq sama2. Jangan berkira sampai tahap kedekut pulak & jangan tak berkira sampai tahap membazir pulak. Better seimbangkan la. Bila nak membeli tu, pikiaq dulu elok2. Jangan main beli ja sampai tak termakan makanan tu. Tak elok buat camtu. Sekian saja entry aku. This is based on people around me. Entry ni sekadar pendapat aku. 

:)     

Thursday, 24 April 2014

Pengalaman Si BT *Apa Dia BT?

Assalamualaikum.

Esok, Jumaat, 25/04, hari terakhir untuk buat speaking task. Ni semua keja EOP. Ampa tau kan, English for Occupational Purposes? Aku kena record video aku sendiri bercakap pasai 'Selling Yourself' ngan 'Work Experience'. Aku nak cerita la, malam tadi aku try record video aku guna webcam, tapi video tu tersekat-sekat. Banyak kali kot aku try record sampai la aku mengantuk. Last2 pi tidoq camtu ja.huhu.

Pastu pagi tadi, celik2 mata ja teroih aku sms classmate aku. Aku cerita la kat dia dari A-Z apa yang jadi ngan video aku. Then, dia kata kalau record guna webcam, tak buleh record lama2. Cehh! Patut la macam apa ja jadi video aku tu. Baru aku tau. Sebelum ni tak penah tau pon.haha. Nampak sangat aku buta teknologi kan...ahaha.

Dah tu last2 aku record guna phone ja. Tapi tak setel lagi masalah aku. Yang aku record guna phone pulak, bila masuk dalam laptop ja dia jadi senget. Sebab aku record masa tu phone aku menegak. Masa tu aku rasa macam nak hempuk ja laptop aku. Tak pasai2 laptop pulak yang hampir jadi mangsa. Kena la record pulak 2 kali lagi sebab 2 video kena buat. Kali ni phone aku melintang baru la jadi elok.

Aku tak tau la kot buleh adjust bagi video jadi tak senget. Yang pasti aku record video baru ja. Kalau betoi buleh adjust, memang buta teknologi sangat la aku ni.hehehe. Maklum la, tak penah pon buat video sendiri2. Aku tak reti nak memandai sendiri buat video bagai. Setakat ambik gambaq banyak2 pastu upload kat pesbuk, tuiter, ig ngan blog ni aku tau la.kahkahkah.

Nak buat video 3 minit setengah ja pon bukan main banyak lagi pengalaman yang aku dapat tau. Ni kalau tak dak keja buat video bagai memang sampai ke tua nyanyuk la aku tak tau.huahuahua. Bila2 aku ada kekuatan nanti, aku upload video tu okeh. Tapi kalau tak dak kekuatan jugak sampai sudah la aku tak upload na.hahaha.

:)

Tuesday, 22 April 2014

Thesis Oh Thesis

Assalamualaikum.

Thesis?
Undergraduate?
Senang or susah?
Ikut program memasing la kot na.
Bachelor of Applied Science (Conservation & Management of Biodiversity)
Yang atas tu program aku.
3 taun ja.
Elehh..3 taun ja? Mesti senang kan?
Pala la hang...3 taun lagi azab kot.
Schedule cramp nak mampoih.
Nak habeh dalam masa 3 taun kata..
Final year wajib buat FYP>>>Final Year Project
Tajuk2 FYP hebat2 belaka.
Dah macam nak buat Master pon ada tau.
Hang mampu?
Final sem especially, hang kena fokus betoi2 ngan FYP.
Cadangan aku, tak payah ambik course banyak2 dah masa sem ni.
Pasepa?
Hang gila..FYP final sem dah 5 credit hours.
Nak tulis thesis pon macam apa ja.
This is the matter of life ok!
Apa2 hal pon wajib siapkan thesis kalau nak grad.
SV aku sakit.
Fuhh..independent habeh la sem ni!
Gamble ja buat camna pon.
Telan semua cadangan yang agak2 buleh diterima pakai.
Goal? 
Kena setelkan jugak thesis no matter what.
Nak grad dak taun ni?
Of course!
Hopefully setel ngan jayanya.
Teruskan usaha, doa & tawakal.
Semoga kejayaan milik aku.
Amin...

:)

Thursday, 17 April 2014

Ehem..Ehem..

Assalamualaikum.


Nampak tak event yang aku tulis dalam box lekuk2 kaler hitam tu? Haa..ni la satu-satunya peluang aku masa final year. Ambik kursus kawen kat unibersiti.hoho. Peluang dah ada kan, tunggu apa lagi, grab it! Sebetoinya Jumaat ngan Sabtu kursus ni. Tapi untuk meng'alert'kan lagi aku esok pagi, tulis Jumaat dulu besaq2. Biaq nampak jelas, tak dak la aku terlupa esok kan? hehe. Tak dak calon lagi tu tak penting, yang penting kita sendiri belajaq dulu lumrah sebuah perkahwinan. Tak gitu? Well..happy learning to me!

:) 

Karnival..Karnival..Karnival..

Assalamualaikum.

Naik ja cuti midsem, ada karnival yang guna banyak jugak la ruang2 kat area hostel. Dataran Blok B1, Kafe Baru, Dataran Blok B2 semua berkarnival. Dengaq cerita katanya karnival ni anjuran Kelab Ekonomi. Memang nak menjatuhkan ekonomi aku gamaknya depa ni.hahaha. Naseb baik aku dah tak rambang mata tengok barang2 kat karnival ni. Maklum la, ekonomi aku sebenaqnya makin susut. Ni kira dalam tempoh berjimat-cermat la.huhuhu. Membeli benda yang sepatutnya & yang mendatangkan benefit ja dalam tempoh ni. Pembaziran memang langsung tak digalakkan la.hoho. Harap lepas ni tak dak dah karnival almost every week. 

:)